Ciri-Ciri IPad 2

Spesifikasi

Perbandingan antara iPad generasi pertama (kiri) dengan iPad 2 (kanan)

iPad 2 adalah 15% lebih ringan dan 33% lebih nipis daripada iPad yang sebelumnya.[8] Berat bagi versi Wi-Fi adalah 601 g. Manakala Wi-Fi + 3G (GSM) pula adalah 613 g. Saiz iPad juga agak kecil daripada iPad yang sebelumnya dengan ukuran 9.50×7.31×0.34 in (241.2×185.7×8.8 mm), berbanding iPad yang berukuran 9.56×7.47×0.5 in (242.8×189.7×13.4 mm).

Antara penambahbaikan yang telah dilakukan terhadap iPad 2 berbanding dengan iPad yang sebelumnya ialah iPad 2 dilengkapi 2 kamera, depan dan belakang membolehkan iPad 2 digunakan untuk membuat panggilan FaceTime. Kamera depan berukuran 0.3 MP, berupaya mengambil video berkualiti VGA dengan kadar 30 bingkai per saat (FPS). Kamera belakang pula berukuran 0.7 MP, berupaya mengambil video HD berkualiti 720p dengan kadar 30 bingkai per saat (FPS).[9] Ia juga dilengkapi dengan zum digital 5 kali ganda. Nisbah bidang kamera depan adalah 4:3 manakala kamera belakang adalah 16:9 setara dengan keupayaan untuk mengambil video HD.

iPad 2 dilengkapkan dengan SoC Apple A5 yang mengandungi CPU dual-core ARM Cortex A9, RAM 512 MB dan GPU PowerVR SGX543MP2. Prestasi GPU iPad 2 adalah 3 kali lebih pantas dari iPad (generasi pertama),[10] manakala prestasi CPU meningkat 66%.[11]

Perisian

      Rencana ini adalah sebahagian daripada      
iPad
Generasi pertama
iPad 2
Generasi ketiga
Generasi keempat
Mini

Semasa pelancaran iPad 2, ia beroperasi dengan menggunakan sistem pengendalian iOS 4.3 yang memperkenalkan FaceTime, Airplay disamping beberapa ciri yang lain.[12] Pada 12 Oktober 2011, sistem pengendalian iPad boleh dikemaskini ke iOS 5 yang membawa lebih 200 ciri-ciri baru termasuk Pusat Pemberitahuan dan sistem pemberitahuan yang baru. Akan tetapi, ini tidak termasuk Siri.[13]

iPad 2, seperti generasi sebelumnya, didatangkan dengan beberapa aplikasi asas seperti Safari, Mel, Foto, Video, YouTube, Muzik, iTunes, Peta dan Kalendar. Apple juga memperkenalkan beberapa aplikasi baru didatangkan bersama iPad 2. Aplikasi panggilan video FaceTime dan juga aplikasi foto dan video Photo Booth disediakan selaras dengan adanya kamera untuk iPad 2. Aplikasi menyunting video iMovie pula boleh dimuat turun dari App Store.[14]

Aksesori

Apple telah memperkenalkan beberapa aksesori untuk iPad 2, antaranya adalah Smart Cover. Smart Cover adalah pelindung skrin yang melekat pada permukaan skrin iPad menggunakan magnet. Pelindung ini boleh dilipat tiga untuk dijadikan sebagai penyangga iPad. Smart Cover direka supaya lebih minimal, mudah ditanggal, dan hanya melindungi skrin sahaja. Apabila pelindung ini dialihkan, ia akan membangkitkan iPad daripada tidur. Smart Cover didatangkan dalam 5 warna.[15]

Penyesuai AV Digital (Digital AV Adapter) juga diperkenalkan. Ini membenarkan video dan audio dari iPad dikeluarkan ke Televisyen definisi tinggi atau paparan lain yang mempunyai sambungan HDMI.[15]

Rujukan

WikiPedia: IPad 2 http://9to5mac.com/2012/03/07/apple-drops-16gb-ipa... http://allthingsd.com/20110315/apple-postpones-ipa... http://www.anandtech.com/show/4216/apple-ipad-2-gp... http://www.apple.com http://www.apple.com/ipad/ http://www.apple.com/pr/library/2011/03/10iPad-2-A... http://www.apple.com/sg/pr/library/2011/04/27iPad-... http://www.engadget.com/2011/03/02/apple-releases-... http://www.fastcompany.com/1733577/apple-ipad-2-re... http://www.iawani.com/harga-ipad-2-di-malaysia-tur...